Our Luv Story ...

Daisypath Anniversary tickers

It's she.... Arissa VW

Sunday, August 14, 2011

Link Resipi best2.. ;D

huhu..
ooh byk sgt jumpe resipi menarik nih.. hahaha
susah lak nk pilih.. kih3.. so letak link je la.. next time leh cari je ;D

http://dapur-mamasya.blogspot.com/2011/03/ayam-bakar-berempah-dgn-sos-lada-hitam.html


Nasi Mandhi

Nasi Mandhi
=========
Nasi Mandhi
Sumber;Blog Resepiraidah

Bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Nota dapur Mamasya
*tak buat langkah 3 ni .utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap.

LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Resepi : The Naked Chef (Jamie Oliver)
Diolah oleh Jeni, copy dr Fp Ana
Sumber; Dapurmamasyablogspot

Bahan
1 kg ayam - bakar 4 bhg chicken leg
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil - guna butter
Segenggam Rosemary Kering- 1/2 botol kecil @ 3 sb rosemarry debu
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots - guna carrot besar
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika - tak letak
Kicap Pekat - ditambah - letak kicap cair + sos tiram
Garam dan gula(ganti madu 1 sb) secukup rasa

Cara:
Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
Hidangkan..bersama mashed potato dan salad..; mkn dgn nasi

Or this
======
Ayam Bakar Nasi Mandhi
Sumber asal ;Blog Resepiraidah

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih - potong 4
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar - letak 1 sk
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

nota dapur mamasya
** bakar suhu 250'c selama 50 min,buka alumium foil.. balikkan ayam bakar menu grill selama 15-20 minit..balikkan lagi ayam masak api grill 15-20 min.

Sos/Sambal:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-guna cili merah+cili padi
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus-tak letak
Garam, Gula
Perahan lemon.- guna limau kasturi

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.




Apple Pie

APPLE PIE (untuk bekas pai 9 inci)

1) Bahan-bahan untuk pastri :
  • 2 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 tsp garam halus
  • 2 Tbsp gula pasir
  • 200 gm butter (pada suhu bilik dan potong menjadi kiub-kiub kecil)
  • 1/4 cawan air ais/ air sejuk dari peti ais
Cara-cara :
  1. Dengan menggunakan mixer atau pun tangan, campurkan tepung gandum, garam halus dan juga gula. Gaul sebati.
  2. Masukkan butter dan gaul hingga sebati atau menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga terhasil doh yang bila dipicit dengan hujung jari, ianya boleh bergumpal dan bercantum.
  4. Uli dengan tangan menjadi bebola dan bahagi dua. Canai setiap doh menjadi rata (tak apa walaupun tebal lagi doh tu. Tujuan supaya senang untuk dicanai selepas dikeluarkan dari peti sejuk apabila nak digunakan). Kalau nak simpan dalam bentuk bebola jer pun tak apa.
  5. Balut setiap doh berasingan dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
2) Bahan-bahan untuk inti epal :
  • 1 kg campuran epal hijau(Granny Smith) dan epal merah(Royal Gala)
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan gula perang lembut(soft brown sugar)
  • 1 Tbsp jus lemon
  • Secubit garam halus
  • 1 tsp serbuk kayu manis(ground cinnamon)
  • 1/4 tsp serbuk buah pala(ground nutmeg)
  • 2 Tbsp butter atau marjerin
  • 1 Tbsp + 1 tsp tepung jagung
Cara-cara :
  1. Basuh epal dan kupas kulitnya. Kemudian buang bahagian tengahnya dan hiris-hiris epal tersebut.
  2. Di dalam sebuah mangkuk, masukkan hirisan epal dan tuangkan jus lemon. Gaul rata.
  3. Masukkan gula pasir, gula perang garam dan taburkan serbuk kayu manis serta serbuk buah pala. Gaul sebati. Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik selama 3 jam. Tujuannya supaya air dari buah keluar. Sementara itu, boleh keluarkan doh dari peti ais dan biar pada suhu bilik selama 10 minit untuk memudahkan proses mencanai.
  4. Setelah 3 jam, toskan buah epal selama lebih kurang 15 minit. Jus yang diperolehi dari buah epal ni jangan dibuang tau!
  5. Masukkan jus epal ke dalam periuk(lebih elok kalau yang non stik) bersama butter. Atas api sederhana didihkan jus hingga sedikit likat dan menjadi karemel(kelihatan buih-buih yang banyak terhasil). Tutup api.
  6. Masukkan semula hirisan-hirisan buah epal tadi ke dalam mangkuk dan gaul dengan tepung jagung.
  7. Kemudian masukkan jus epal yang telah menjadi karemel tadi. Gaul sebati.
3) Cara menyediakan pai epal :
  1. Canai salah satu doh(yang telah 10 minit dalam suhu bilik) di antara dua helai plastik pembalut sehingga mendapat diameter sekurang-kurangnya 12 inci atau lebih besar dari acuan pai.
  2. Kemudian alihkan doh dengan cara menggulungkan doh pada rolling pin dan pindahkan ke dalam mangkuk/tin pai dengan cermat. Kemaskan bahagian dalam mangkuk/tin pai. Potong lebihan doh.
  3. Tuangkan inti epal ke dalam mangkuk.
  4. Canai pula satu lagi doh seperti (1). Kemudian seperti (2) alihkan doh menutupi bahagian atas mangkuk/tin pai. Kemaskan bahagian tepi-tepi pai dengan cara mengelim doh menggunakan jari atau dengan menekan doh menggunakan garfu.
  5. Dengan menggunakan pisau, buat beberapa belahan di permukaan pai(seperti gambar di bawah). Tujuannya ialah untuk pengudaraan pai semasa proses pembakaran.
  6. Sapukan permukaan pai dengan telur dan taburkan sedikit gula perang sekiranya suka.
  7. Bakar di dalam oven pada suhu 200 C selama 45-50 minit. (****Letakkan sehelai aluminium foil di bawah bekas pai pada rak pembakar sebelum membakar. Ini adalah untuk mengelakkan jus yang keluar dari belahan pai dari menitis mengotori oven). Sejukkan dulu sebelum dipotong.

Nasi Arab

NASI ARAB
resipi : K.Hanieliza
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air ~ k.nor guna air rebusan daging
500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas ~ k.nor skip sbb tak ada stok kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori

AYAM MASAK MERAH BEREMPAH resipi : K.Nor@SecubitGaram

1/2 ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam

bahan penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan blend:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 btg serai

3 sudu besar cili mesin ~ kurangkan jika tak suka pedas
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
air asam jawa
sedikit air
garam dan gula
minyak

bahan2 sampingan:
2 bj cili hijau ~ dipotong 2
2 bj cili merah ~ dipotong 2
1bj tomato ~ dipotong 6
1 labu bawang besar ~ dipotong 6

KERABU EPAL HIJAU
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 bj epal hijau
1/2 btg lobak merah
2 bj cili merah
2 bj cili hijau
1 kuntum bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
1 bj lemon (diambil jusnya)
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa

Bahan:
Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
Kacau rata dan rasakan masamnya
Sedia dihidangkan.


Triffle

Triffle Istimewa
============
BAHAN KEK SPONGE :-)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..


Sirap Bandung Soda

Sirap Bandung Soda
==============
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 cawan ibu sirap
Gula (dilarutkan dalam sedikit air panas ) -kadar gula mengikut citarasa masing-masing
3/4 tin susu cair (mat syorkan guna susu sejat IDEAL)
3/4 jug kuib ais
1/2 tin ice cream soda (mat letak 3/4 tin)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais. Biarkan kuib air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.
  2. Resipi diatas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya

Best gak nih.. :D

Ayam Sze Chuan
============
bahan2nya:
3 keping dada ayam (bahagian lain pun boleh kalau suka)
2 sudu besar kicap manis cap kipas udang
2 sudu sos tiram (yang ori bukan perasa. kjee guna maggie)
segeggam biji gajus (cashewnuts)
10 batang cili kering (direndam pastu potong satu inci dan tos kering)
4 biji bawang putih diketuk
2 biji bawang besar dibelah empat dan dicerai-ceraikan
dua inci halia muda (diris nipis nipis)
1 sudu besar tepung jagung
beberapa titis minyak bijan
minyak masak

Cara membuatnya:
Ayam dibersihkan, cuci dan potong dadu. jangan tebal sangat tapi pastikan semuanya sama saiz. panaskan kira-kira empat sudu besar minyak dan goreng cili kering (yang telah direndam dan dipotong selebar 1 inci) sampai garing guna api sederhana. keluarkan cili. asingkan. masukkan pula bawang putih yang telah diketuk dan halia muda. goreng kira2 dua minit, pastu masukkan isi ayam. besarkan api. cepat2 gaulkan ayam dan goreng hingga nampak setengah masak. pastu masukkan dua sudu kicap manis dan dua sudu sos tiram. kacau hingga rata. pelankan api dan biarkan ayam masak. pastu campakkan bawang besar yang telah dibelah empat tadi. golek golekkan hingga rata. apabila ayam sudah masak, campurkan satu sudu besar tepung jagung dengan dua sudu besar air. besarkan api dan masukkan tepung jagung ke dalam masakan tadi. gaul pantas pantas hingga nampak tepung sudah pekat dan sebati dengan ayam. pastu tutup api, campakkan cili kering goreng, gajus dan titiskan sedikit minyak bijan. itu jer. sonang bah, kata orang sabah. kjee tak bubuh air sebab biasanya ayam akan mengeluarkan air bila masak. tapi kalau ada yang rasa nak kuah dia banyak sikit, bubuhlah air tapi janganlah sampai banjir sebab lauk ni jenis tak de kuah.

Ermm.. lagi.. :D

Laksa Siam
========
Pes laksa
3 batang serai- di potong kecil
4 biji cili merah
2 cm lengkuas
1 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 tbs minyak kacang
1/3 cwn daun ketumbar- di cincang halus
1 tsp kunyit hidup
1 tsp gula
¼ cawan air asam jawa
1 tbs belacan
Kesemua bahan di atas hendaklah di blend halus dan ianya tahan di simpan dalam petisejuk .

Bahan asas
½ bungkus bihun
4 cawan daging ayam yang telah di rebus dan di potong kecil

Cara membuat kuah laksa
Paste yang telah di buat
4 cawan air rebusan ayam
¼ cawan daun etumbar yang di potong kasar
¼ cawan daun asam pedas
1/3 cawan sos ikan
1 cawan santan- 400 ml
Panaskan minyak dan masukan paste laksa. Biarkan sebentar merenih naik bau masukan air rebusan ayam. Kecilkan api biar merenih dan masukan daun ketumbar dan sos ikan dan biarkan mendidih selama 5 minit. Akhir masukan santan dan perlahan kan api sentiasa kacau dan tutup api. Siap untuk di gunakan.

Bahan sampingan
Tauge
Daun selasih/ daun asam pedas
Sambal/ garlic –chill hot sos.

Lagi... Red Velvet Cake

Hahahaha.. ntah ape ke ngigau aku nih skrg duk cari resipi je, buat nyer ntah bile.. hahaha.. tp aku saje amik dlu cz nti kalo teringin xyah cari2 lg dh kann.. hehehe..

Red Velvet Cake
============
Ingredients
1 1/4 cup sifted flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp cocoa powder - i used berry callebaut
1 tbsp red colouring - I used 1 1/2 tsp wilton red paste(no taste)
1/4 cup soft unsalted butter - 57g
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk - I used 1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon
1/2 tsp vinegar - i used heinz distilled white vinegar 5%
1/2 tsp baking soda

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g unsalted butter
110g powdered sugar - i reduced it to 80g
1 cup fresh cream, whipped until stiff - i used double cream

Method
1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste (I added a little water).
3. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.
4. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
5. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 6" baking pan and bake it for 50mins or until cooked.
6. Let cool on wire rack.
7. Once cool, slice cake into two and spread cream cheese filling.. top it with the rest of ur cream cheese too... chill for a few hrs..

Cream Cheese frosting:
1. Beat cream cheese with butter until soft.
2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended.
3. Add whipped cream, stir through with a spatula.


Puding Roti Marble

Hahaha..

Ni pun tetiba jumpa kt blog org lain td ms duk cari2 resipi nk msk ape.. hehe.. agak2 bila la aku nk try erk .. :D

Puding Roti Marble
==============
Bahan-bahan

* 4 keping roti
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 170ml susu cair
* 10gram serbuk agar2 @ sepeket
* 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
* 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
* 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
* 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys*hasue tambah sedikit browning sugar


Cara-cara

1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

Friday, August 12, 2011

Resipi Nasi Kerabu

Tiba-tiba cam teringin nk masak nih.. agak2 jd ke x erk.. hahaha.. :D

Nasi kerabu
=========
-4 pot beras Siam
-Sebatang serai yg diketuk
-1 sudu kecil serbuk kunyit @ serbuk biru import dari Kelate@ bunga talang
-2 helai daun limau purut
-sedikit halia juga diketuk
- air ikut suka, elok2nya jangan kasi lembik.
-sedikit garam.
caranya taruk je sume bhn tu sekali…kacau skitt dah boleh dimasak.
Sambal Tumis:

-10 biji bawang merah
-5 tangkai cili kering
-1 inci halia
-2 batang serai
-secubit serbuk kunyit
-sebiji kelapa(ambil stn agak pekat)
-garam ,gula secukup rasa
-2 keping asam gelugor

*Untuk memasak sambal tumis*

-bawang,cili,halia serai dimesin halus dan gunakan minyak yang
agak banyak utk menumis .Bila naik bau,letak santan,asam dan rasa
garam,gula dan masak agak pekat,baru kaw2 punye! Juga boleh taruk
budu sesudu baru ngam.

*untuk sambal ikan*
-2 ekor ikan kembong/sardin sederhana besar
-2 batang serai
-5 ulas bwg. merah
-garam, gula secukup rasa
-1/2 biji kelapa parut
Caranya:
-ikan bakar tadi diambik isi dan digoreng tanpa minyak sekali ngan
kelapa parut. Bila agak garing ,blend kering sume bhn atau pun
ditumbuk ngan lesung lagi sedapp…

*untuk ulam2nya*

-Daun serai kayu adalah ulam utamanya,taugeh,kacang panjang,timun batang ,kubis,bunga
kantan, daun kesum,pucuk putat,pucuk ketereh,pucuk pegaga dll!!!

*bolehlah dihidang ngan budu yg dicampur ngan cili padi(kalau nak
pedas ditenyeh2)
*Lagi satu perah asam limau nipis skitt…dalam budu
*taburkan kerepok atas nasi.
*Boleh dimakan dengan ikan goreng celup
tepung,daging bakar, ayam goreng berempah,telur asin,aye perchik,solok lada sebagai
pilihan.(lagi byk lauk lagi sedap weih...kosnya tentulah tinggi..sebab itu mahal harganya!!!)